KOREA CHERRY BLOSSOM
Terbuka
Harga dari
RM 3,790.00
*Tertakluk kepada terma dan syarat pakej
KOREA CHERRY BLOSSOM
Terbuka
Harga dari
RM 3,790.00
*Tertakluk kepada terma dan syarat pakej
Kod pakej : KOREA CHERRY BLOSSOM
Tarikh pelancongan : 03 Apr 2020 - 08 Apr 2020
Negara : Korea, South

Harga

HARGA MENGIKUT BILIK        (SEORANG)      

HARGA PAKEJ  (RM)

 DEWASA BILIK                       SEORANG

4,430

 DEWASA BILIK     BERDUA/BERTIGA

3,790

 KANAK-KANAK DENGAN     KATIL (02-11 TAHUN)

3,390

 KANAK-KANAK TANPA         KATIL (02-11 TAHUN)

2,995

 BAYI                                                 (01-23 BULAN)

500

 

Aturcara Perjalanan

MAKLUMAT JADUAL PERJALANAN

HARI PERTAMA: Incheon – Nami Island – Seoul (Makan Tengahari, Makan Malam)           

  • Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Icheon dan disambut oleh pemandu pelancong
  • Dibawa ke Nami Island dengan menaiki feri ke lokasi penggambaran “Winter Sonata”
  • Melawat ke Garden of the Morning Calm lokasi penggambaran “Love in The Moonlight”
  • Bergerak ke Seoul dan bermalam di Seoul

 

HARI KE-2: Seoul (Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Makan Malam)

  • Sarapan pagi
  • Melawat ke Gyeongbokgung Palace, National Folk Museum, Insadong Antique Shop Alley & L’atelier Art Theme Park
  • Membeli belah di Dongdaemun Market
  • Kembali ke hotel dan bermalam di Seoul

 

HARI KE-3: Seoul – Everland (Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Makan Malam)

  • Sarapan pagi
  • Mungunjungi Everland Theme Park (Tiket masuk harian)
  • Kembali ke Seoul melawat N Seoul Tower
  • Kembali ke hotel dan bermalam di Seoul

 

HARI KE-4: Seoul (Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Makan Malam)

  • Sarapan pagi
  • Melawat ke Yeouido Cherry Blossom Street, Red Pine Shop, Cosmetics Shop, DFS & Bukchon Hanok Village
  • Membeli-belah di Myeongdong Street & Namdaemun Market
  • Bermalam di Seoul

 

HARI KE-5: Seoul – Berlepas Pulang (Sarapan Pagi)

  • Daftar keluar hotel
  • Dihantar ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang

 

*Aturcara perjalanan adalah tertakluk kepada perubahan

 

Harga Pakej Termasuk

PAKEJ TERMASUK

  • Penginapan 4 malam di hotel beserta sarapan pagi
  • Tiket penerbangan antarabangsa (Malaysia Airlines)
  • Hidangan makan minum halal seperti dalam jadual
  • Lawatan seperti yang dinyatakan dalam jadual perjalanan
  • Tiket masuk harian ke Everland Theme Park
  • Kenderaan dan pemandu pelancong berbahasa Inggeris
  • Bayaran masuk ke lokasi yang dinyatakan dalam jadual
  • Tips untuk pemandu pelancong
  • Barangan Komplimentari dari Rayhar Travels

 

 

 

 

Harga Pakej Tidak Termasuk

PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • Insurans perjalanan
  • Kos perbelanjaan / beli-belah
  • Makan selain dalam aturcara
  • Bayaran bagasi lebihan had
  • Caj peribadi di hotel: Panggilan telefon, mini bar dan lain-lain

Maklumat Mesti Dibaca

MAKLUMAT PENTING YANG PERLU DIBACA

  • Kemudahan seterika kebiasaanya tidak disediakan di hotel.
  • Tidak semua hotel menyediakan cerek eletrik.
  • Sebarang perubahan pada aturcara lawatan, harga & jadual penerbangan adalah tertakluk kepada keadaan semasa.
  • Passport antarabangsa perlu sah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh tiba di Malaysia.
  • Salinan passport hendaklah di fax / emel / pos 45 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Penempahan 3 orang sebilik kebiasaanya disediakan katil tambahan dan berdasarkan harga bilik berdua kerana tidak semua hotel mempunyai bilik untuk 3 orang sebilik (triple room).
  • Peserta dinasihatkan agar membawa kasut & pakaian yang sesuai kerana kebiasaanya lawatan banyak melibatkan aktiviti berjalan kaki.
  • Peserta juga perlu membaca TERMA & SYARAT terlebih dahulu sebelum bersetuju mengikuti pakej lawatan ini.
  • Peserta dinasihatkan untuk menyemak sendiri senarai nama mereka yang disekat untuk keluar negara (’Blacklist’: hutang bank, PTPTN dan lain-lain).

Terma & Syarat

TERMA & SYARAT PAKEJ PELANCONGAN

1.      BAYARAN PENDAHULUAN SEBANYAK RM 500.00 SEORANG SEMASA MEMBUAT PENDAFTARAN DAN TIDAK DIKEMBALIKAN JIKA BERLAKU PEMBATALAN TANPA SEBAB MUNASABAH.

2.      UNTUK PAKEJ PERKHIDMATAN PENGENDALIAN (GROUND SERVICE) TANPA TIKET PENERBANGAN, DEPOSIT SEBANYAK 30% DARIPADA HARGA PERKHIDMATAN TERSEBUT PERLU DIBAYAR SEMASA TEMPAHAN DIBUAT.

3.      TEMPAHAN TIKET PENERBANGAN PERLU DIJELASKAN SEPENUHNYA SEMASA PENGELUARAN TIKET DIBUAT BAGI MENGELAKKAN SEBARANG PERUBAHAN HARGA.

4.      HARGA YANG TERTERA DI BROSUR ATAU LAMAN WEB ADALAH TERTAKLUK KEPADA TERMA DAN SYARAT.

5.      HARGA YANG DINYATAKAN ADALAH BELUM MUKTAMAD, SEHINGGALAH TEMPAHAN TIKET DIBUAT ATAU INVOIS PEMBAYARAN TELAH DIKELUARKAN.

6.      SUSUNAN TEMPAT DUDUK DALAM PENERBANGAN UNTUK TEMPAHAN BERKUMPULAN ADALAH TERTAKLUK KEPADA PERATURAN SYARIKAT PENERBANGAN.

7.      HARGA ADALAH TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN MATA WANG, SURCAJ BAHAN API, CUKAI, TEMPAT DUDUK, BILIK ATAU KEKOSONGAN TEMPAHAN LAWATAN. HARGA AKHIR AKAN DINYATAKAN SEMASA PENGELUARAN TIKET ATAU INVOIS BERSERTA JADUAL PERJALANAN.

8.      SEBARANG PERTUKARAN ATAU PEMBATALAN TEMPAHAN ADALAH TERTAKLUK KEPADA TERMA & SYARAT YANG DITETAPKAN OLEH SYARIKAT PENERBANGAN, HOTEL ATAU PIHAK BERKAITAN. SESETENGAH PROMOSI TERTENTU TIDAK MEMBENARKAN SEBARANG PERTUKARAN ATAU PEMBATALAN. CAJ TERTENTU AKAN DIKENAKAN UNTUK SEBARANG PERTUKARAN ATAU PEMBATALAN SELEPAS TEMPAHAN DIBUAT.

9.      TIKET PENERBANGAN YANG TELAH DIKELUARKAN TERTAKLUK KEPADA SYARAT “NON-REROUTABLE/NON-ENDORSABLE/NON-REFUNDABLE OLEH PIHAK PENERBANGAN DAN SEBARANG ‘REFUND’ JIKA ADA TERTAKLUK KEPADA BUDI BICARA PIHAK PENERBANGAN.

10.  BAYARAN PAKEJ BERSERTA KOS VISA TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN SEKIRANYA PEMBATALAN TEMPAHAN DIBUAT MELAINKAN DIBERI KELONGGARAN OLEH PIHAK-PIHAK BERKAITAN.

11.  SEBARANG PERTUKARAN DAN PEMBATALAN HENDAKLAH DIBUAT SECARA TERUS DI PEJABAT RAYHAR TRAVELS SDN BHD PADA WAKTU PEJABAT (KECUALI CUTI UMUM).

12.  NAMA PESERTA MESTILAH MENGIKUT PASPORT SEPERTI YANG DIKEHENDAKI OLEH PIHAK BERKUASA, SYARIKAT PENERBANGAN, HOTEL ATAU PIHAK BERKAITAN. PERTUKARAN NAMA TIDAK DIBENARKAN SELEPAS PENGELUARAN TIKET DIBUAT.

13.  PESERTA HENDAKLAH MEMPUNYAI PASPORT ANTARABANGSA ATAU DOKUMEN PERJALANAN YANG DIIKTIRAF DAN SAH SEKURANG-KURANGNYA 6 BULAN DARI TARIKH KEMBALI KE NEGARA ASAL DAN JUGA VISA, SURAT VAKSINASI ATAU SIJIL KESIHATAN SEBAGAIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH PIHAK BERKUASA DI NEGARA-NEGARA YANG AKAN DIKUNJUNGI.

14.  PESERTA DIGALAKKAN UNTUK MEMBELI INSURANS PERJALANAN UNTUK MELINDUNGI DIRI MEREKA DARIPADA KEMALANGAN, PENYAKIT, KEHILANGAN WANG ATAU BAGASI, PEMBATALAN DAN KELEWATAN PENERBANGAN.

15.  PIHAK BERKUASA, SYARIKAT PENERBANGAN, HOTEL ATAU PIHAK BERKAITAN BOLEH MENGENAKAN SEBARANG SEKATAN ATAU SYARAT-SYARAT PERJALANAN TAMBAHAN PADA BILA-BILA MASA.

16.  SYARAT DAN PERATURAN DIATAS HENDAKLAH DIBACA BERSAMA DENGAN TERMA DAN SYARAT AKTA INDUSTRI PELANCONGAN YANG DISERTAKAN BERSAMA.

17.  ATURCARA PAKEJ YANG DIBUAT ADALAH BERDASARKAN JADUAL PENERBANGAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN DI MALAYSIA. SEBARANG TARIKH, LALUAN DAN MASA PENERBANGAN (RESCHEDULE) ADALAH TERTAKLUK KEPADA PIHAK PENERBANGAN DAN PENGURUSAN EJEN KAMI DI LUAR NEGARA.

18.  SEMUA PESERTA YANG MENGIKUTI PROGRAM PAKEJ LAWATAN KAMI DIANGGAP TELAH MEMBACA, MEMAHAMI DAN MENERIMA SEMUA TERMA DAN SYARAT DI ATAS.