KEMBARA HALAL & EKSPLORASI ISLAMIK

Jom Rayhar begitulah "hashtag" yang kami gunakan untuk mempromosikan Rayhar Travels dikalangan masyarakat. Mudah disebut dan sentiasa melekat dihati pelanggan kami. Produk pelancongan kami telah disebarluaskan dari satu pakej ke satu pakej kerana berjaya mendapat kepercayaan ramai pelanggan. Antara kelebihan kami ialah :

Ramai yang bercita-cita untuk melancong keluar negara, namun mereka risau jika impian mereka tidak berkesampaian samada ditipu oleh sindiket atau agensi yang tidak berdaftar. Bagaimana pula dengan Rayhar Travels? Rayhar Travels merupakan agensi yang telah didaftarkan dengan Kementerian Pelancongan (KPL/1814). Untuk memastikan kesahihannya anda boleh membuat semakan dengan menekan link berikut  Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia.



Kami telah mengendalikan lebih dari 50 Trip ke seluruh negara sepanjang 2015 sehingga kini. Lebih 500 orang peserta yang pernah menikmati trip ke luar negara bersama kami. Istimewanya kami kerana menerima banyak ‘good review’ di laman media sosial kami.


Fokus perjalanan kami berdasarkan kepada kelebihan bagi setiap destinasi. Samada keindahan alam semulajadi, sejarah, membeli belah, kebudayaan, makanan dan banyak lagi. Antara contohnya ialah lawatan ke negara Turki, bukan sahaja anda dikenalkan dengan makanan-makanan tradisi penduduk Turki, tetapi anda turut dibawa untuk menghayati sejarah yang terdapat disekitar lokasi.


Setiap rombongan kami akan diketuai oleh staf pengiring dari Malaysia atau turut dikenali sebagai ketua rombongan. Beliau akan membantu segala urusan dan pergerakan anda sepanjang perjalanan, bermula dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur dan berakhir di Lapangan Terbang Kuala Lumpur.


Sebaik sahaja sampai di destinasi pilihan, anda akan dibantu oleh pemandu pelancong (Tour Guide) yang terpilih. Semestinya kami memilih pemandu pelancong yang berpengalaman dan bermaklumat tentang destinasi yang dibawa. Bagi sesetengah destinasi, tour guide yang kami sediakan boleh bertutur didalam Bahasa Melayu. Namun begitu kebanyakkan tour guide yang mengiringi para pelanggan fasih berbahasa Inggeris. Ia merupakan satu kelebihan buat masyarakat Malaysia yang menjadikan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa perantaraan antarabangsa (Bahasa kedua).



Pilihan penginapan kami adalah berhampiran dengan pusat bandar ataupun kawasan tarikan pelancong. Hotel yang dipilih sangat selesa dan dapat memberikan peluang untuk anda merebahkan lelah setelah seharian mengembara.



Tiada istilah ‘singgah’ bagi trip bersama kami kerana setiap destinasi akan diberi penerangan terperinci. Tour Guide yang berpengalaman akan memberi penerangan bagi tempat-tempat bersejarah yang dilawati. Selain daripada itu, perjalanan anda tidak akan sunyi kerana anda akan dikongsikan dengan pelbagai cerita menarik dari tour guide yang mengiringi perjalanan anda.



Harga pakej yang tertera didalam website kami mahupun diseluruh ruangan media sosial adalah termasuk dengan harga tiket penerbangan. Tidak ada caj tersembunyi dari pengetahuan para pelanggan. 


Pengembaraan bersama Rayhar Travels mengecualikan anda untuk melalui pengalaman perit di Government Shopping Store atau Tourist Stop. Bagi sesetengah negara, pelancong akan diberikan slot untuk ke Government Shopping Store. Kebiasaanya tempat ini sentiasa menjadi rungutan para pelanggan dengan pelbagai masalah antara dipaksa untuk membeli, ditipu dengan status barang tiruan dan sebagainya. Jadi bagi mengelakkan perkara ini terjadi kami menggantikan trip tersebut dengan tempat lawatan yang lebih menarik.



Kami sentiasa menitikberatkan keperluan sebagai muslim supaya ia sentiasa terjaga sepanjang masa. Penjagaan waktu solat dan menyajikan makanan halal adalah merupakan keutamaan kami. Selain daripada itu, kami turut mengalu-alukan pelanggan "non-muslim" untuk sama-sama menyertai dan merasai perbezaan trip kami. Sesuai dengan misi kami untuk memberi perkhidmatan yang berlandaskan syariah dan menepati standard yang diiginkan oleh pelanggan.


Kami menyediakan kepelbagaian didalam setiap pakej. Ini bermakna pakej kami sesuai untuk semua lapisan usia. Pelbagai pilihan pakej disediakan dari segi tempat menarik seperti taman tema untuk kanak-kanak dan remaja , penghayatan sejarah dan alam semulajadi untuk dewasa dan warga emas serta bannyak lagi tempat-tempat menarik yang bakal diterokai. Kepelbagaian ini meletakkan kami untuk sentiasa menjadi pilihan utama pelanggan.