ISTIMEWANYA UMRAH BERSAMA RAYHAR

Sebut sahaja tentang " umrah " ramai yang mencadangkan untuk memilih Rayhar Travels. Kenapa ramai yang mencadangkan Rayhar Travels sebagai pengendali ibadah umrah mereka ke Tanah Suci? Apa Istimewanya Rayhar Travels?

Rayhar Travels merupakan agensi pelancongan yang dilesenkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Tiada ragu-ragu lagi bagi mereka untuk melaburkan wang yang telah lama disimpan bagi tujuan ibadah. Rayhar Travels juga merupakan Agensi Pengelola Umrah yang telah memeterai kontrak dengan muasasah yang dilesenkan oleh Kementerian Haji Arab Saudi.

Pengalaman Rayhar Travels dalam industri pelancongan telah melebihi 30 tahun mengendalikan Jemaah haji dan umrah iaitu semenjak tahun 1990. Usia Rayhar Travels yang telah lama bertapak dalam industri ini menjadikan kami lebih matang dan memahami kehendak pelanggan.


Kami menyediakan bimbingan komprehensif di tanah air dan tanah suci. Penyediaan kursus umrah dan taklimat perjalanan diberi terlebih dahulu kepada para jemaah sebelum bertolak. Apakah beza kursus umrah dan taklimat perjalanan?. Didalam kursus umrah para asatizah kami akan memberikan penerangan tentang hukum hakam dan pelaksanaan umrah.

Manakala taklimat perjalanan pula ialah penerangan terperinci bagi proses perjalanan umrah, yang mana penerangan ini sangat jelas. Bagi jemaah yang pertama kali mungkin akan terkial-kial apakah kelengkapan yang perlu mereka sediakan, ‘ do and don’t ‘ serta bagaimana proses dilapangan terbang dan sebagainya. Maka disinilah pegawai kami akan memberi penerangan tentang prosedur perjalanannya.

Yang menariknya dengan Rayhar Travels kursus-kursus umrah dan taklimat perjalanan diberikan secara percuma. Guru agama kami akan sentiasa ada untuk menyampaikan ilmu dan menjadi pakar rujuk kepada Jemaah diatas segala kemusykilan. Mengikut kepada norma baharu, kursus umrah dan taklimat perjalanan akan dilaksanakan secara atas talian. Kursus dan taklimat akan kembali seperti sediakala mengikut kepada kesesuaian semasa.

Sepanjang berada di Makkah dan Madinah, anda akan dibantu oleh staf dan guru agama. Barisan staf sedia ada akan membantu melancarkan proses pergerakan di kedua Tanah Suci. Bukan itu sahaja, anda akan terlebih dahulu disantuni oleh staf yang bertugas di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA). Mereka akan membantu menguruskan keperluan anda sebelum berlepas ke Jeddah / Madinah.

Namun yang menjadikan Rayhar Travels lebih istimewa dimata ramai kerana keberadaan guru agama di sepanjang proses melaksanakan umrah serta aktiviti-aktiviti ziarah. Mereka akan sentiasa ada untuk menyampaikan ilmu dan menjadi pakar rujuk kepada anda.

Barisan murshid pula akan sentiasa mengiringi para jemaah untuk melakukan Ziarah Madinah dan Makkah, termasuk 3 kali umrah yang bermiqat di Taneem, Jaaranah dan Hudaibiah. Namun begitu, dalam umrah Norma baharu Pasca Covid-19 kekerapan umrah bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa Arab Saudi



Penggunaan alat bantuan komunikasi (Receiver), semasa pelaksanaan tawaf dan saie disediakan untuk kemudahan jemaah. Sesuai dengan peredaran zaman, kami menggunakan pendekatan alat bantuan komunikasi untuk memastikan Jemaah masih dalam pengawasan Mutawwif walaupun berada jauh dari kumpulan. Jemaah akan mendengar alunan talbiah serta dipandu bacaan doa dan ayat al-quran oleh mutawwif dari receiver tersebut. Alat tersebut akan disanitasi terlebih dahulu sebelum dan selepas digunakan.


Pilihan hotel yang berdekatan dengan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi menjadikan Rayhar Travels sentiasa dalam senarai teratas untuk menjadi pilihan Jemaah. Selain itu, Rayhar Travels turut menawarkan pilihan hotel mengikut kemampuan Jemaah. Pilihan ini kebiasaan ditawarkan mengikut kepelbagaian pakej samada Pakej Ekonomi, Standard dan Premium.

Semestinya penginapan yang disediakan oleh Rayhar Travels mempunyai kemudahan-kemudahan yang tersendiri bagi memudahkan pergerakan jemaah. Antaranya kemudahan lif, laluan bagi kerusi roda, kerusi roda ( terhad bagi musim kemuncak ), pilihan bilik berdua, bertiga dan berempat.

Antara pengalaman istimewa menjadi seorang musafir ialah dapat menikmati makanan yang berbeza ditempat yang dilawati. Makanan dan minuman yang disediakan sangat mewah dan menyelerakan. Hotel-hotel kami menyediakan makanan dan minuman di tempat penginapan dengan menu asia (Asian Food) bagi memenuhi citarasa jemaah. Namun begitu, jemaah boleh membuat permintaan untuk menukar kepada makanan antarabangsa (International food) dengan kos tambahan. Secara amnya kami menyediakan 3 kali hidangan untuk Jemaah secara buffet. 


 

Jemaah boleh membuat pilihan mengikut keselesaan mereka samaada penerbangan terus ke Madinah ataupun Jeddah. Namun begitu sebarang perubahan sektor/laluan yang dibuat oleh pihak airlines adalah diluar kawalan kami. Bagi penerbangan pula, jemaah berpeluang untuk menaiktaraf tempat duduk daripada kelas ekonomi kepada kelas perniagaan atau kelas pertama (dengan pertambahan kos). Tiket Penerbangan Antarabangsa pergi dan balik bagi ketiga-tiga kelas tersebut telah termasuk dengan cukai penerbangan. Demi keselesaan untuk beribadah ramai yang menggunakan kelebihan yang telah tersedia ini.


Anda akan menerima cenderahati dari Rayhar yang berupa beg besar, beg bimbit, beg sandang, sarung kasut, sticker/pelekat telekung, buku panduan umrah dan lain-lain. Selain cenderahati yang diberikan oleh Rayhar, air zam zam juga adalah merupakan hadiah yang paling bernilai bagi Jemaah umrah. Anda akan dibekalkan dengan 5-liter air zam zam bagi setiap orang termasuklah kanak-kanak (tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa Arab Saudi).

Disini kami memberi anda panduan pemilihan hotel yang menjadi kesukaan jemaah Rayhar Travels. 2 hotel ini sentiasa menjadi pilihan jemaah Rayhar Travels kerana keunikannya yang tersendiri. Selain daripada lokasinya yang sangat dekat ke perkarangan Masjid , Hotel ini juga menyediakan servis perkhidmatan yang sangat baik dan menawarkan harga yang berpatutan. Rata-rata jemaah Rayhar Travels sangat berpuas hati dengan kedua-dua hotel ini iaitu Hotel Olayan Ajyad di Makkah dan Hotel Dallah Taibah di Madinah kerana memenuhi citarasa mereka antaranya jarak yang dekat, makanan yang enak, pengurusan hotel yang hebat dengan harga yang berpatutan.