Rayhar Travels

Rayhar Travels Sdn Bhd adalah sebuah agensi pelancongan tempatan dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera. Bermula pada 07 haribulan Julai 1990 kami memulakan operasi sulung dengan membawa seramai 50 orang jemaah haji ke Tanah Suci pada musim haji 1410H, seterusnya kami mengorak langkah menjadi peneraju utama pakej Umrah di Malaysia dan kini menyediakan Eksplorasi Halal pakej pelancongan ke negara-negara seperti Timur Tengah, China, Jepun, Korea, Vietnam, Eropah, Australia, New Zealand dan lain-lain lagi.

RTSB telah diiktiraf dan didaftarkan dibawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (KPK/LN: 1814), berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan menjadi ahli kepada Persatuan Agensi Pelancongan Bumiputera Malaysia atau BUMITRA (No. ahli BM 303), Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa atau IATA (No ahli: HO 20-3 055 52). RTSB juga merupakan pemegang Lesen Khas Umrah (No.siri Lesen : KPK/LKU 1814) dan salah satu daripada 22 syarikat Pengelola Jemaah Haji yang berdaftar dengan Lembaga Tabung Haji.

Kami juga merupakan ejen jualan tempahan tiket penerbangan dalam dan luar negeri selain dari mempunyai kepentingan dalam beberapa buah syarikat gabungan yang menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan pemasaran khususnya dalam bidang penyewaan tempat penginapan di tanah suci, pelancongan dan perumahan.

Berbekalkan pengalaman selama  lebih 30 tahun dalam industri pelancongan, telah menjadi aspirasi kami dengan slogan "Berpengalaman, Mesra, Berkualiti” dalam memberi dan menyediakan khidmat yang terbaik dan berkualiti kepada pelanggan dan tetamu Allah.