PENGHAYATAN IBADAH HAJI BERSAMA RAYHAR
Maksud Pakej Haji
Dalam Konteks pengendalian Jemaah Haji dibawah kaedah Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang diluluskan oleh Tabung Haji, Pakej Haji Rayhar adalah satu pakej perkhidmatan tambahan yang telah dirangka dengan sebaik mungkin berpandukan kepada pengalaman dan maklum balas daripada pelbagai pihak, dengan harapan agar para Jemaah Haji Rayhar akan berada dalam keadaan yang baik dan sempurna demi ketenangan, kesenangan dan kekhusyukan beribadah di Tanah Suci dengan tujuan mendapatkan Haji yang mabrur.
Perkhidmatan yang disediakan / Diuruskan
Pengangkutan dalam negeri
Harga pakej Haji Rayhar yang tertera di dalam brosur adalah harga bermula dari Kuala Lumpur. Sekiranya jemaah haji memerlukan pengangkutan darat atau udara team Rayhar boleh menyediakan perkhidmatan tersebut kepada para jemaah dengan kos tambahan. Para jemaah boleh memaklumkan kepada team Rayhar untuk membuat tempahan bagi pengangkutan mereka samada melalui pengangkutan darat mahupun udara untuk ke lapangan terbang. Para jemaah juga boleh memilih untuk menggunakan pengangkutan sendiri ke lapangan terbang.
Sajian Makanan
Makkah 3 kali makan
(Sarapan Pagi, Tengahari, Malam)
Madinah 3 kali makan
(Sarapan Pagi, Tengahari, Malam)
Sajian makanan semasa berada di hotel Madinah dan Mekah disediakan secara buffet begitu juga sepanjang berada di Perkhemahan Khas di Mina. Selain itu, penyediaan minuman sejuk dan panas untuk para jemaah disediakan 24 jam sehari . Penyediaan makanan dengan masakan ala melayu.
Pembimbing
Mutawwif, Murshid dan Guru Agama berpengalaman semasa Tawaf, Saie Pertama, ziarah dan Kuliah bimbingan dari semasa ke semasa.
Umrah
Percuma 3 - 7 kali umrah
Ziarah
Dalam
Luar
Sekitar Kota Makkah & Madinah (jalan kaki)
Luar
Sekitar Kota Makkah & Madinah (jalan kaki)
Cenderahati
Beg pakaian besar (beroda)
Beg bimbit (beroda dan boleh digalas)
Beg Selindang
Telekung Wanita & Beg Wanita
Kain Ihram Lelaki
Uncang Kasut
Uncang Anak Batu
Buku doa dan lain-lain
Skim Insuran
Disediakan atas permintaan jemaah dan dikenakan bayaran
Perkhidmatan Kargo ke Malaysia
Udara - Dengan harga yang berpatutan , harga ditetapkan oleh servis kurier. Jadual akan diberikan oleh pihak kurier bagi memudahkan jemaah membuat persediaan awal.
Rawatan
Di klinik swasta Saudi jika diperlukan, atas biayaan jemaah sendiri
Petugas
Petugas lelaki dan wanita (Ustaz / Ustazah) dari Malaysia dan Tanah Suci yang mencukupi serta berpengalaman diketuai oleh Pengarah Urusan.
Penerbangan
Pilihan penerbangan Komersial Kelas Pertama / Perniagaan secara pilihan dengan kos tambahan. (Tertakluk kepada kelulusan TH)
Masyair Naik Taraf (PMN)
Disediakan secara pilihan dengan kos tambahan.
(Tertakluk kepada kadar bayaran sebenar yang bakal ditetapkan oleh Pihak Muassasah Tiwafah Asia Tenggara dan kelulusan Pihak Berkuasa Arab Saudi).
(Tertakluk kepada kadar bayaran sebenar yang bakal ditetapkan oleh Pihak Muassasah Tiwafah Asia Tenggara dan kelulusan Pihak Berkuasa Arab Saudi).
Perjalanan haji secara Tarwiyah
Perjalanan Haji mengikut Sunnah iaitu dari Makkah - Mina - Arafah - pada 8 Zulhijjah atas permintaan dengan bayaran tambahan.
(Tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa Arab Saudi).
(Tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa Arab Saudi).
Break Package
Memendekkan tempoh pakej dari jadual asal dengan kos tambahan bagi pengangkutan, makan/minum, penginapan dan lain-lain. (Tertakluk kepada kelulusan Tabung Haji)
Kursus
Kursus Haji dibuat secara mingguan oleh Ustaz yang menerima kelulusan dari Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA) dan Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS). Kursus Intensif Haji turut disediakan bagi membantu dan memastikan supaya bakal haji diberikan kefahaman ilmu berkaitan hukum hakam melalui program bimbingan dan panduan haji di Tanah Air dan seterusnya Jemaah Haji bertambah yakin menghayati dan menunaikan ibadat haji di Tanah Suci dengan sempurna ke arah Haji Mabrur.