MAKLUMAN PENTING: PERATURAN BAHARU VISA UMRAH MULAI 10 JUN 2025

Kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan satu peraturan baharu yang mula berkuat kuasa pada 10 Jun 2025 iaitu sejurus selepas pembukaan semula visa Umrah bagi musim baharu. Peraturan ini melibatkan proses permohonan visa Umrah bagi semua negara termasuk Malaysia.

❗️ Syarat Terbaharu: Tempahan Hotel Disahkan Melalui Nusuk

Mulai tarikh tersebut semua permohonan visa Umrah wajib disertakan dengan tempahan penginapan yang sah dan hanya boleh dibuat di hotel-hotel yang berlesen serta diiktiraf oleh Kementerian Pelancongan Arab Saudi. Lebih penting, semua tempahan tersebut mesti direkodkan secara elektronik melalui platform Nusuk Masar sebelum visa dikeluarkan.

Peraturan ini tertakluk kepada semua agensi Umrah luar negara, syarikat penyedia perkhidmatan dan ejen pelancongan yang berdaftar. Ia tidak melibatkan pemegang visa pelancong, namun begitu amat penting untuk diketahui oleh semua bakal jemaah yang merancang menunaikan Umrah dalam masa terdekat.

⚠️ Kesan Jika Tidak Mematuhi

Kegagalan untuk memuat naik tempahan hotel yang sah dan disahkan melalui Nusuk boleh menyebabkan:

Permohonan visa tertangguh atau ditolak
Penalti dikenakan ke atas ejen atau syarikat penyedia perkhidmatan

Objektif Peraturan Ini

Tujuan utama pelaksanaan peraturan ini adalah untuk:

- Mengelakkan wujudnya tempahan palsu atau tidak sah
- Menjamin jemaah mendapat penginapan yang selesa dan selamat
- Memastikan perjalanan ibadah Umrah berlangsung dengan lebih teratur dan mudah dikendalikan


Rayhar Travels sentiasa komited untuk mematuhi segala garis panduan terkini dari Kerajaan Arab Saudi demi memastikan urusan jemaah berjalan lancar. Jika anda bercadang menunaikan Umrah, pastikan semua dokumen dan tempahan dilakukan melalui saluran yang sah dan dipercayai.