MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN SEAT MALAYSIA AIRLINES MUSIM UMRAH 1447H
15 MEI 2025 | MERCURE LIVING, PUTRAJAYA
Alhamdulillah, satu langkah strategik telah dimeterai! Rayhar Travels turut serta dalam Majlis Menandatangani Perjanjian Strategik bersama AMAL Malaysia Airlines, melibatkan 13 agensi Umrah terpilih sebagai AMAL Strategic Umrah Partners bagi musim 1447H.
Majlis ini menandakan komitmen bersama dalam memastikan penyediaan tempat duduk penerbangan (seat) yang terjamin, teratur dan berkualiti buat para jemaah Umrah dari Malaysia khususnya pelanggan Rayhar Travels.
Rayhar Travels diwakili oleh Tuan Haji Zakaria KC Ahhmu, Pengarah Eksekutif Rayhar Travels, yang turut bersama menandatangani perjanjian penting ini sebagai simbol komitmen berterusan kami dalam memperkukuh sistem sokongan perjalanan Umrah yang lebih tersusun dan mesra jemaah.
Melalui perjanjian ini, Rayhar Travels diberikan peruntukan seat penerbangan yang telah disahkan serta membolehkan kami menawarkan lebih banyak penerbangan dan tarikh pilihan kepada jemaah demi keselesaan, ketenangan dan kelancaran perjalanan ibadah.
Dengan semangat #MalaysianHospitality, Rayhar Travels akan terus konsisten dalam memberikan perkhidmatan Umrah yang diyakini, profesional dan mesra jemaah, seiring dengan visi kami untuk menjadi agensi Umrah pilihan utama rakyat Malaysia.
Lokasi Majlis: Mercure Living, Putrajaya
Tarikh: 15 Mei 2025
Anjuran: AMAL by Malaysia Airlines bersama rakan industri Umrah