MAKLUMAN PENANGGUHAN KURSUS ASAS HAJI DAN UMRAH ANJURAN RAYHAR TRAVELS EKORAN WABAK COVID-19

15 Mac 2020

Berikutan penularan wabak COVID -19, pihak pengurusan telah memutuskan untuk menangguhkan Kursus Asas Haji dan Kursus Umrah yang dijadualkan pada minggu ini dan minggu seterusnya ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Apabila cabaran COVID -19 boleh dikawal maka Kursus Asas Haji dan Kursus Umrah akan disambung semula. Keputusan ini dibuat sejajar dengan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia supaya perhimpunan yang melibatkan orang ramai ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan  COVID – 19.

Ketua cawangan perlu menghubungi Guru Agama dan Jemaah yang terlibat untuk memaklumkan berkenaan penangguhan ini.

Sekian, semoga dalam makluman dan tindakan.

Terima kasih.

RAYHAR TRAVELS SDN. BHD



Kembali ke Berita Terkini