TIPS BUAT RAYUAN HAJI 2025

LANGKAH 1. Log Masuk ke THiJARI:
   * Pastikan anda mempunyai akaun THiJARI yang aktif.
   * Log masuk ke akaun anda menggunakan nama pengguna dan kata laluan.

LANGKAH 2. Cari Menu Perkhidmatan Haji:
   * Selepas log masuk, cari menu atau pilihan yang berkaitan dengan "Perkhidmatan Haji".
   * Menu ini terletak dibahagian kiri.

LANGKAH 3. Pilih menu "Rayuan Haji"

LANGKAH 4. Klik Permohonan Rayuan Haji dan Klik Berikutnya

LANGKAH 5. Baca Garis panduan Pengurusan Rayuan Menunaikan Fardu Haji. Klik Setuju

LANGKAH 6. Sila Pilih Kategori Rayuan Haji

LANGKAH 7. Pilih sebab rayuan haji yang berkaitan. Klik berikutnya.

LANGKAH 8. Sila fahami dan pilih ya atau tidak, serta klik akad (perakuan istito'ah).

LANGKAH 9. Klik hantar untuk kemukakan rayuan.

LANGKAH 10. Muat turun surat akuan terimaan rayuan bakal haji


PROSES SEMAKAN RAYUAN MELALUI THiJARI

LANGKAH 1. Klik Perkhidmatan Haji

LANGKAH 2. Klik Rayuan Haji

LANGKAH 3. Klik semak status rayuan dan semak berikutnya

LANGKAH 4. Muat turun slip rayuan haji



Ingat: Prosedur rayuan haji boleh berubah dari semasa ke semasa. Sentiasa rujuk kepada panduan terkini yang dikeluarkan oleh Lembaga Tabung Haji.

Semoga maklumat ini membantu!