SIJIL PEMBIMBING IBADAH HAJI( SPIH )

Telah berlangsung majlis penyampaian sijil dan penutupan program Pembimbing Ibadat Haji 2023 di Bangi Avenue Convention Center. Rayhar Travels juga tidak terlepas untuk menghantar beberapa orang wakil untuk menghadiri Program Pembimbing Ibadat Haji (SPIH). Sijil Pembimbing Ibadah Haji ini merupakan satu usahasama TH dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam usaha memastikan setiap Pengkursus Ibadah Haji Tanah Air (PEKTA) melalui proses pembelajaran berbentuk akademik secara sistematik dan berkesan untuk membimbing jemaah haji .

Program ini bertujuan bagi melahirkan PIHTAS yang berpengetahuan tinggi di bidang pengajian ibadah haji melalui pembelajaran yang sistematik. Selain itu, mereka dapat mengikuti penjelasan hukum hakam ibadah haji terkini berdasarkan isu-isu dan masalah semasa serta tajuk-tajuk penting yang berkaitan dengan urusan bimbingan. Selesai menjalani kursus ini calon PIHTAS berkemampuan mengajar dengan teknik pengajaran yang berkesan.  


Rayhar Travels sememangnya sangat komited dalam memastikan kesiapsiagaan para Mutawwif, Murshid dan Guru Agama yang berpengalaman untuk membimbing jemaah haji pada tahun ini. Semestinya  setiap tahun pasti ada cabaran yang bakal ditempoh dalam pelaksanaan ibadah haji, dengan itu persiapan yang mantap dan kemas haruslah disusun dengan strategik dari awal lagi.  

Dari hadapan ialah Puan Hajah Rakiah binti Mohamed, Ustaz Syed Muhammad Faiz bin Syed Mohamad Albakir, Dr Ahmad Irfan bin Ikmal Hakim, Ustaz Haji Ahmad Junaidi bin Mohamad Said.