SERAHAN LESEN PENGELOLA JEMAAH HAJI BAGI TAHUN 2025
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Alhamdulillah, dengan penuh syukur ke hadrat Ilahi, Rayhar Travels sekali lagi dipercayai sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) untuk musim haji 1446H/2025. Penyerahan lesen ini secara rasmi dilakukan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Setia Dr. Haji Mohd Na’im Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam Majlis Taklimat & Penyerahan Lesen PJH yang berlangsung hari ini.
Majlis berprestij ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Yang Berusaha Tuan Syed Hamadah Bin Syed Othman, Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, serta Yang Berbahagia Tan Sri Abdul Rashid bin Hussain selaku Pengerusi Lembaga Tabung Haji.
Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Urusan Rayhar Travels Sdn. Bhd. iaitu Tuan Haji Harun KC Ahmmu selaku wakil utama Rayhar untuk menerima lesen haji pada kali ini. Kepercayaan yang diberikan ini merupakan satu amanah besar yang akan kami tunaikan dengan penuh dedikasi dan keikhlasan. Semoga Allah SWT meredhai segala usaha kami dalam melayani para tetamu Allah.