SERAHAN LESEN PENGELOLA JEMAAH HAJI BAGI TAHUN 2024

بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Sekali lagi, Rayhar Travels Sdn Bhd telah diberikan kepercayaan oleh Tabung Haji sebagai salah satu Pengelola Jemaah Haji (PJH) pada tahun 2024/1445H. Kejayaan ini menjadikan Rayhar Travels sebagai syarikat pengelola jemaah haji selama 35 kali berturut-turut sejak tahun 1990/1410H.

Pengarah Urusan Rayhar Travels Sdn. Bhd., Tuan Haji Harun KC Ahmmu, hari ini menghadiri Majlis Taklimat & Penyerahan Lesen Pengurusan Lebihan PJH yang dianjurkan oleh Tabung Haji. Majlis ini disempurnakan dengan penuh kehormatan oleh Ybhg. Dato Seri Syed Salleh Bin Syed Abdul Rahman, iaitu Pengarah Eksekutif Haji, yang menyampaikan secara rasmi lesen tersebut.

Alhamdulillah Ala Kulli Hal diatas penyerahan amanah dan tanggungjawab untuk menyantuni para dhuyufurrahman kepada Rayhar bagi musim haji tahun depan.

Jemaah sekalian yang berminat untuk membuat pra pendaftaran dengan kami (tanpa bayaran deposit) atau terdapat sebarang pertanyaan sila klik link berikut:

Nak Tanya Haji
BERPENGALAMAN - MESRA - BERKUALITI