SERAHAN LESEN PENGELOLA JEMAAH HAJI BAGI TAHUN 2023

Menjawab kepada persoalan rakyat Malaysia " Adakah Rayhar Travels juga turut dilesenkan oleh Tabung Haji untuk menguruskan Jemaah Haji 2023 ". Alhamdulillah, pada 30 Januari 2023 bersamaan 8 rejab 1444h bertempat di Menara TH Tun Razak, Kuala Lumpur Pengarah Urusan Rayhar Travels iaitu Tuan Haji Harun KC Ahmmu telah dijemput untuk menghadiri Majlis Taklimat dan Serahan Lesen PJH 2023H / 1444H. Majlis tersebut disempurnakan oleh YBhg. Dato' Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Tiada Ucapan yang dapat di Ungkapkan selain memanjatkan rasa Syukur kepada Allah SWT diatas peluang yang diberikan sekali lagi untuk menyantuni Tetamu Allah dan Tetamu Rasulullah. Rayhar Travels telah berpengalaman selama lebih 34 tahun dalam bidang Perkhidmatan Haji dan tahun ini Rayhar Travels sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengendalikan Ibadah kelima dalam Rukun Islam untuk Jemaah Haji Malaysia.
“Pemilihan PJH adalah bagi memastikan syarikat-syarikat pelancongan tempatan memiliki kapasiti yang teguh, kepakaran dan pengalaman yang mencukupi serta berwibawa supaya mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik serta sentiasa menjaga kebajikan jemaah haji negara.” Pengarah Eksekutif Haji TH, Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Kepada Bakal Jemaah Haji, Brosur Harga Pakej Haji kami akan dikeluarkan tidak lama lagi. Sekiranya anda ingin menjadi yang terawal untuk mendapatkan maklumat haji Rayhar sila berhubung dengan Pejabat Cawangan kami dari Seluruh Malaysia.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut sila klik disini Nak Tanya Berkenaan Haji