RAYUAN HAJI 1447H / 2026 KINI DIBUKA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Kepada para alumni, sahabat-sahabat, dan seluruh keluarga besar Rayhar yang saya kasihi sekalian,

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Pertama sekali, marilah kita bersama-sama memanjatkan setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat Allah SWT.

Dengan penuh rasa tawaduk dan gembira, saya ingin berkongsi satu berita yang amat dinantikan. Alhamdulillah, berkat doa dan sokongan berterusan daripada para jemaah sekalian selama ini:

Rayhar Travels Sdn Bhd sekali lagi telah diberi kepercayaan dan dianugerahkan Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) oleh Tabung Haji (TH) untuk Musim Haji 1447 Hijrah / 2026 Masihi.

Amanah ini adalah bukti atas komitmen 37 tahun kami dalam membimbing dan melayani Dhuyufurrahman. Sokongan padu para jemaah sekalian selama inilah yang menjadi tulang belakang kekuatan kami.

 

PERHATIAN: RAYUAN HAJI 1447H / 2026M Dibuka 3 November 2025

Sehubungan dengan berita gembira ini, saya merayu jasa baik semua alumni dan sahabat Rayhar untuk 'panjang-panjangkan' maklumat penting ini kepada ahli keluarga, jiran tetangga dan sahabat handai yang berhajat untuk menunaikan fardhu haji tahun ini

Pihak Tabung Haji akan membuka permohonan Rayuan Haji melalui aplikasi THiJARI

Bermula: Isnin, 3 November 2025

Ini adalah peluang keemasan bagi mereka yang belum terpilih.


RANCANGLAH MENUNAIKAN HAJI BERSAMA RAYHAR

Bagi para jemaah sekalian yang berhasrat menunaikan ibadah haji bersama keluarga besar Rayhar, ini adalah 3 langkah penting yang perlu anda lakukan SEKARANG:

LANGKAH 1: Buat Rayuan di THiJARI

Mulai 3 November 2025, para jemaah sekalian boleh membuat permohonan rayuan haji di aplikasi THiJARI.

LANGKAH 2: Akuan Terimaan Surat Rayuan Bakal Haji

Setelah selesai memohon, para jemaah sekalian perlu memuat turun Akuan Terimaan Surat Rayuan Bakal Haji melalui Aplikasi THiJARI.

LANGKAH 3: Buat pendaftaran segera dengan Rayhar

Dengan berbekalkan Akuan Terimaan Surat Rayuan Bakal Haji tersebut, Kami amat mengalu-alukan para jemaah sekalian untuk segera membuat pendaftaran dengan kami. Pendaftaran awal ini amat penting untuk tindakan selanjutnya.



DAFTAR RAYUAN HAJI RAYHAR 1447H DI SINI

Para jemaah sekalian boleh memilih salah satu daripada dua cara mudah di bawah:

1. Pendaftaran di Cawangan

Hadir terus ke cawangan Rayhar Travels yang berdekatan anda dengan membawa salinan Akuan Terimaan Surat Rayuan Bakal Haji tersebut.

KLIK DI SINI UNTUK SENARAI CAWANGAN PENUH

2. Pendaftaran Secara Online

Isi borang pendaftaran secara online di pautan khas kami dan pihak kami akan menghubungi anda.

KLIK DI SINI UNTUK BORANG ONLINE


Akhir kata, saya mendoakan agar segala urusan para jemaah sekalian dipermudahkan oleh Allah SWT, dan semoga kita semua terpilih menjadi tetamu-Nya di Tanah Suci.

Insya-Allah, dengan berbekalkan pengalaman 37 tahun, kami di Rayhar Travels bersedia untuk memberikan perkhidmatan, bimbingan ibadah dan pengurusan haji yang terbaik.

Sekian, terima kasih.

Yang ikhlas,

(HAJI HARUN AHMMU)

Pengarah Urusan, Rayhar Travels Sdn Bhd