RAYHAR TRAVELS KEKAL PENGELOLA JEMAAH HAJI 1447H / 2026
Lembaga Tabung Haji (TH) baru-baru ini secara rasmi mengumumkan senarai Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi musim Haji 1447H / 2026M, dalam satu majlis serahan lesen rasmi yang diadakan di Movenpick Hotel & Convention Centre, KLIA, Sepang Kuala Lumpur pada 24 Oktober 2025.
Antara agensi yang tersenarai dan kekal diberi kepercayaan ialah Rayhar Travels Sdn Bhd, menandakan tahun ke-37 syarikat ini terus dilesenkan sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang sah sejak tahun 1990 (1410 Hijrah).
Komitmen 37 Tahun Pengendalian Haji : Amanah, Kepercayaan & Keikhlasan
Sejak tiga dekad lalu, Rayhar Travels berdiri sebagai salah satu agensi pelancongan yang konsisten mengekalkan piawaian pengurusan ibadah Haji berlandaskan amanah dan keikhlasan dalam menyantuni perjalanan umat islam menunaikan rukun islam ke-5 iaitu ibadah Haji.
Tahun demi tahun, Rayhar terus memperkukuh reputasinya bukan sekadar sebagai penyedia pakej Haji, tetapi sebagai sahabat perjalanan ibadah yang memimpin ribuan jemaah Malaysia di dalam impian mencapai Haji yang Mabrur.
“Setiap tahun, kami tidak pernah melihat lesen PJH ini sebagai sekadar kelulusan operasi. Ia adalah amanah besar untuk membawa tetamu Allah dengan penuh keikhlasan dan tanggungjawab.”
— Pengarah Urusan Rayhar Travels, Haji Harun Ahmmu.
Rayhar Travels Antara PJH Terpilih Tahun 2026
Dalam pengumuman rasmi tersebut, Rayhar Travels disenaraikan bersama beberapa agensi utama lain yang diiktiraf oleh Tabung Haji bagi musim Haji 2026.
Keberhasilan ini menegaskan lagi kedudukan Rayhar sebagai salah satu agensi Haji paling stabil, diyakini dan berpengalaman di Malaysia, dengan rekod perkhidmatan cemerlang sejak tahun 1990 / 1410 Hijrah dalam menguruskan keperluan dan kehendak jemaah Haji di bawah pelbagai pakej Haji yang lengkap dan komprehensif.

Keistimewaan Pakej Haji Rayhar Travels 2026 (1447H)
Rayhar Travels terus komited menawarkan pengalaman Haji yang selesa, bimbingan komprehensif dan memfokuskan ibadah. Berikut ialah enam keistimewaan yang menjadi identiti Rayhar Travels musim Haji 2026:
1. Dipercayai Sejak Tahun 1990 / 1410 Hijrah
Kami bukan sekadar menguruskan perjalanan ibadah, kami junjung amanah yang suci menyantuni tetamu Allah dan Rasul dengan penuh tanggungjawab. Sebagai antara perintis pengurusan haji di Malaysia, kami telah berkhidmat sejak tahun 1990 (1410 Hijrah). Lebih tiga dekad pengalaman ini bukan sekadar angka, tetapi warisan yang membentuk keutuhan nilai kami dalam memahami denyut nadi dan keperluan setiap jemaah.
Tunjang kepada warisan ini adalah Pengarah Urusan kami sendiri, YBhg Tuan Haji Harun. Sejak hari pertama penubuhan, beliau masih kekal aktif turun padang memimpin dan menguruskan jemaah di Tanah Suci. Pengalaman 'on-ground' beliau yang tidak ternilai ini telah mencipta satu 'know-how' (selok-belok) pengurusan jemaah yang tiada tandingan.
DNA 'Rayhar' ini adalah cara kami menyantuni tetamu Allah yang mengalir dalam setiap ahli pasukan kami, dari pengurusan atasan hingga ke petugas di lapangan. Pasukan kami adalah jaminan untuk ketenangan dan kelancaran ibadah anda.
2. Bimbingan Komprehensif di Tanah Air dan Tanah Suci
Ibadah Haji adalah sebuah perjalanan rohani sekali seumur hidup. Justeru, kami menyediakan bimbingan lengkap untuk ketenangan fikiran dan kesempurnaan ibadah anda. Komitmen kami bermula dari hari pertama anda mendaftar di Tanah Air, merangkumi setiap aspek persiapan ilmu dan logistik. Apabila tiba di Tanah Suci, bimbingan komprehensif diteruskan dengan penuh dedikasi oleh barisan Asatizah kami. Mereka bukan sahaja berpengalaman luas, tetapi merupakan guru agama yang ditauliahkan oleh Tabung Haji yang memegang sijil PEKTA (Pengkursus Haji Tanah Air) dan PIHTAS (Pembimbing Ibadah Haji Tanah Suci). Ini menjamin bahawa setiap kemusykilan akan terjawab dan setiap rukun dapat dilaksanakan dengan sempurna dan yakin.
Ilmu Mantap, Ibadah Sempurna, Haji yang Mabrur tercapai, Insya-Allah.
3. Lokasi Strategik: Bukan Sekadar 'Dekat Dataran' atau Perkarangan Masjid
Keistimewaan utama Pakej Haji Rayhar adalah jaminan penginapan di lokasi strategik, yang amat dekat dan memudahkan.
-
Di Makkah: Kebanyakan hotel pilihan Rayhar berada di kawasan Ajyad Street. Kelebihannya? Ia adalah penempatan hotel yang terdekat dengan Pintu No 1 King Abdul Aziz, iaitu pintu utama yang memberi anda akses terus ke dataran Kaabah.
-
Di Madinah: Semua jemaah pakej Rayhar akan menginap di Hotel Dallah Taibah. Hotel ini terletak 100m dari dataran, serta mempunyai kelebihan khas yang sangat dekat dengan Pintu 25, iaitu akses utama ke ruang solat jemaah wanita.
Kedua-dua lokasi strategik ini membolehkan jemaah mengoptimumkan masa solat lima waktu tanpa gagal di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dengan tenang dan selesa.
4. Lengkapkan Ibadah & Ziarah Anda: Nikmati 8 Malam Penuh di Madinah
Kami faham, mengurangkan tempoh malam di Madinah boleh merendahkan harga pakej. Namun, fokus utama Rayhar adalah memaksimumkan waktu beribadah dan ziarah. Kami mahu anda mengoptimumkan masa di Masjid Nabawi dan menelusuri sirah Nabi SAW melalui ziarah yang dibimbing oleh Guru Agama Rayhar yang berpengalaman. Oleh itu, kami menjamin 8 malam penuh di Madinah di lokasi strategik Hotel Dallah Taibah. Ini adalah komitmen kami, Rayhar tidak mengorbankan keselesaan masa atau kemudahan lokasi demi harga yang lebih rendah. (Pengecualian: Pakej Safwah Platinum dan Safwah Gold direka khas untuk perjalanan lebih singkat tidak termasuk tempoh 8 malam ini.)
5. PERCUMA Tiket Haramain: Perjalanan Pantas, Masa Ibadah Terjaga
Kami di Rayhar memahami bahawa setiap minit di Tanah Suci adalah amat berharga. Perjalanan darat yang panjang menggunakan bas antara Madinah dan Makkah boleh mengambil masa antara 6 hingga 8 jam, satu tempoh yang meletihkan. Justeru, sebagai komitmen kami terhadap keselesaan maksimum para jemaah, semua pakej kami kini didatangkan dengan satu keistimewaan: Tiket Keretapi Berkelajuan Tinggi Haramain (Haramain High Speed Train) kelas ekonomi secara PERCUMA. Tawaran ini adalah tertakluk kepada ketersediaan perkhidmatan dan kelulusan Pihak Berkuasa Arab Saudi.
6. Sajian Lengkap 3x Sehari: Tenaga Terjaga, Selera Terpelihara
Untuk memastikan tenaga anda sentiasa terjaga untuk beribadah, kami menyediakan sajian lengkap (bufet 3 kali sehari) di hotel penginapan anda. Anda tidak perlu lagi risau tentang soal makanan. Bergantung pada pilihan pakej, anda akan disajikan dengan Bufet Antarabangsa atau Asian. Paling istimewa, kami turut bawakan Citarasa Sajian Melayu yang pasti kena dengan selera jemaah Malaysia.
Tempahan Pakej Haji 2026 (1447H) Kini Dibuka
Rayhar Travels kini membuka peluang untuk menunaikan Haji 2026 (1447H) bermula dari RM 48,990 (harga selepas diskaun untuk Jemaah terpilih P1)
Pendaftaran boleh dibuat melalui cawangan-cawangan Rayhar Travels di seluruh Malaysia:
- Kemaman (Ibu Pejabat)
- Kuala Lumpur
- Kuantan
- Kuala Terengganu
- Shah Alam
- Bandar Baru Bangi
- Seremban
- Melaka
- Ipoh
- Alor Setar
- Batu Pahat
- Bertam
- Seri Manjung
- Kota Bharu
- Dungun
- Jertih
- Kuala Berang
- Rompin
- Muadzam
- Cheneh
- Kota Kinabalu
- Tawau
Anda juga boleh layari https://rayhar.net/nak-tanya-haji untuk pertanyaan. Pasukan khidmat pelanggan kami bersedia untuk membantu membuat penerangan lengkap tentang perjalanan Haji dan Pakej Haji
Merealisasikan Perjalanan Ibadah Umat Islam Sejak Tahun 1990
37 tahun bukan satu tempoh yang singkat. Setiap musim Haji, Rayhar Travels bukan hanya membawa jemaah ke Tanah Suci, tetapi memudahkan perjalanan ibadah demi mencapai haji yang mabrur
Rayhar Travels kekal berpegang pada prinsip sejak 1990:
“Berpengalaman Mesra Berkualiti”
Rayhar Travels Sdn Bhd
Pengelola Jemaah Haji (PJH) Berlesen Sejak tahun 1990
Officially Appointed by Lembaga Tabung Haji for 1447H / 2026M
