PRA PENDAFTARAN HAJI 1444H / 2023M




UNTUK PRA-PENDAFTARAN HAJI 1444H
KLIK LINK DI BAWAH :

https://rayhar.net/nak-daftar-haji


BROCHURE HAJI TAHUN 1443H / 2022M










 

MAKLUMAN

  • Harga Pakej di atas adalah TERMASUK bayaran haji PJH 1443H/2022M sebanyak RM13,211.00 (tertakluk perubahan) Bayaran haji ini akan didebitkan dari akaun jemaah haji di Tabung Haji
  • Perkhidmatan Khas Muassasah (PKM) disediakan secara pilihan (Tertakluk kepada kadar bayaran sebenar yang bakal ditetapkan oleh pihak Muassasah Tiwafah Asia Tenggara dan kelulusan pihak berkuasa Arab Saudi)
  • Penginapan di Aziziyah disediakan secara pilihan dengan bayaran tambahan (Tertakluk kepada kelulusan Tabung Haji)
  • Perkhidmatan Bas Sewa Khas Sektor Makkah-Arafah-Mina-Makkah secara pilihan dengan bayaran tambahan
  • Harga Pakej adalah tertakluk kepada perubahan bersesuaian dengan perubahan kadar pertukaran mata wang semasa, surcaj bahan api dan kesan penguatkuasaan undang-undang baru pihak berkuasa Malaysia dan kerajaan Arab Saudi, jika ada

Sekiranya pakej pilihan utama tiada kekosongan pada masa tempahan disahkan, atau tidak cukup regu di akhir penyusunan bilik penginapan, bakal haji hendaklah bersetuju untuk menerima pakej-pakej pilihan alternatif yang setaraf
(Keutamaan untuk mendapat pengesahan Pakej akan diberi kepada bakal haji yang TERPILIH kategori P101 yang mendaftar AWAL dengan Pakej Haji Rayhar)


PERHATIAN

  • Perkhidmatan Pakej Haji Rayhar adalah bagi bakal haji yang mendaftar dengan Tabung Haji dan terpilih untuk menunaikan fardhu haji musim 1443H.
  • Bakal Haji yang memilih Pakej Haji Rayhar adalah masih tetap berada di bawah kelolaan Tabung Haji dalam beberapa Perkara asas seperti urusan Visa Haji, penerbangan Carter Haji, urusan dengan Pihak Berkuasa Arab Saudi dan lain-lain.
  • Semua urusan Pakej Haji Rayhar adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan Tabung Haji, Wakil Bersatu di Jeddah, Muassasah Tiwafah Asia Tenggara di Makkah dan Muassasah Adilla di Madinah.
  • Khemah serta makanan/minuman di Arafah dan Mina adalah mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Haji Arab Saudi / Muassasah Tiwafah Asia Tenggara.
  • Penginapan adalah seperti yang disebut atau setaraf. Jemaah lelaki/perempuan bilik berasingan kecuali Pakej Berkeluarga.
  • Semua perjalanan di Tanah Suci menggunakan Bas Naqobah. Jadual perjalanan mungkin tidak dapat ditepati sepenuhnya oleh kerana pada musim haji jalanraya penuh sesak dengan kenderaan. 
  • Notis privasi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 boleh dibaca di lawan web https://rayhar.com/notis-privasi


PENJADUALAN SEMULA PERJALANAN


Penjadualan semula perjalanan oleh mana-mana jemaah sebelum atau semasa berada di Tanah Suci adalah tertakluk kepada kelulusan pihak-pihak yang berkaitan. Sebarang kos tambahan akibat dari penjadualan semula ini, seperti pengangkutan (darat/udara), sewa bilik hotel, makan minum dan pengurusan (termasuk petugas khas jika diperlukan) hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh jemaah haji berkenaan. Pihak syarikat bersedia membantu setakat yang dibolehkan. Sebarang tuntutan yang berkaitan dengan perkara di atas tidak akan dilayan.


PENGECUALIAN
  • RAYHAR TRAVELS tidak akan bertanggungjawab ke atas kerugian-kerugian yang disebabkan oleh perkara-perkara di luar kawalan dan kuasa pihak RAYHAR TRAVELS dan perkara-perkara “Force Majeure” termasuk bencana alam, malapetaka dan kejadian seperti banjir, ribut petir, taufan, kebakaran, gempa bumi, kemalangan, wabak penyakit, kecurian, rompakan, keganasan, rusuhan, peperangan atau sebagainya.
  • RAYHAR TRAVELS berhak meminda, mengubah, menambah atau membatalkan mana-mana perkara yang terkandung di dalam risalah perkhidmatan ini atas sebab tidak dapat dielakkan dengan atau tanpa notis.
  • RAYHAR TRAVELS tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau perbelanjaan yang mungkin tertanggung oleh mana-mana pihak ekoran dari sebarang perubahan yang berkaitan.

TEMPAHAN/PENDAFTARAN/PEMBATALAN


Bakal haji hendaklah membaca dan memahami sepenuhnya syarat-syarat dan butir-butir perkhidmatan yang terkandung dalam risalah perkhidmatan ini sebelum menyempurnakan borang pendaftaran kerana ianya akan menjadi sebahagian daripada perjanjian perkhidmatan antara RAYHAR TRAVELS dan bakal haji.


Syarat menarik diri

Bakal haji rayuan yang membuat pengesahan penerimaan tawaran perkhidmatan haji Pakej Rayhar Travels tidak dibenarkan untuk menarik diri atau menyertai pakej haji syarikat lain atau mengikut pakej TH Muasassah.

Jika bakal haji terpilih menarik diri atau membatalkan pemergian ke Tanah Suci tanpa alasan munasabah, pihak Rayhar Travels akan mengenakan bayaran ganti rugi/kos operasi yang akan diputuskan oleh pihak lembaga pengarah syarikat berdasarkan jadual ke-4 Akta Industri Pelancongan 1992.