New Zealand | Rayhar Travels

New Zealand adalah negara pulau keenam terbesar di dunia, terletak di timur Australia dalam Lautan Pasifik. Negara ini terbahagi kepada dua pulau utama iaitu North Island dan South Island, masing-masing menawarkan pengalaman alam semula jadi yang unik. Ibu negaranya, Wellington, terkenal dengan pusat perlindungan haiwan terbaik dunia – Zealandia Te Māra a Tāne. Dengan populasi sekitar 5.2 juta orang, New Zealand sebenarnya mempunyai jumlah kambing 3 kali lebih banyak daripada penduduknya. Selain itu, terdapat lebih 30 taman negara dan 775 tasik, menjadikan negara ini syurga untuk pencinta alam. Antara tempat menarik di New Zealand adalah Lake Tekapo, Lake Pukaki, Mount Cook Viewpoint, Queenstown, Milford Sound, Dunedin, Christchurch dan Auckland. Setiap lokasi menampilkan kombinasi tasik turquoise, gunung salji, fjord berkabus dan bandar klasik yang penuh sejarah. Aktiviti yang boleh dilakukan juga sangat pelbagai – dari naik gondola & luge ride di Queenstown, menyusuri fjord dengan Milford Sound Cruise, bergambar di Moeraki Boulders, solat di Masjid An Noor Christchurch, hinggalah melihat anjing laut di Seal View Point. Bagi kaki shopping, anda juga boleh singgah di Dress Smart Outlet untuk barangan berjenama dengan harga diskaun.