Jepun Klasik | Rayhar Travels

Jepun merupakan sebuah negara kepulauan di Asia Timur yang terdiri daripada lebih 6,800 pulau, dengan empat pulau utama iaitu Honshu, Hokkaido, Kyushu & Shikoku. Negara ini terkenal dengan gabungan unik antara tradisi lama & teknologi moden daripada istana samurai, kuil bersejarah & kampung warisan UNESCO, hinggalah ke bandar futuristik seperti Tokyo. Dengan populasi lebih 120 juta orang, Jepun adalah antara ekonomi terbesar dunia & terkenal dengan sistem pengangkutan yang sangat efisien serta budaya masyarakat yang berdisiplin & bersih. Gunung Fuji pula, setinggi 3,776 meter, merupakan gunung tertinggi & simbol paling ikonik negara ini. Pakej Jepun Klasik ini membawa anda melalui laluan paling popular untuk first timer ke Jepun, bermula di Osaka yang meriah, ke Kyoto yang kaya dengan budaya & sejarah, singgah ke kampung tradisional Shirakawago yang diiktiraf UNESCO, menikmati panorama Gunung Fuji di Kawaguchi & berakhir di Tokyo yang moden & penuh gaya hidup urban. Dalam satu trip, anda dapat rasa sejarah samurai, suasana kampung tradisional, keindahan alam semula jadi, pengalaman shopping di bandar besar serta kemudahan Muslim-friendly seperti masjid & pilihan makanan halal. Sesuai untuk keluarga, pasangan & sesiapa yang nak pengalaman Jepun lengkap dalam satu perjalanan tanpa perlu pening fikir perancangan sendiri.