Medan | Rayhar Travels

Membawa anda ke Sumatera Utara – kawasan yang terkenal dengan keindahan Danau Toba, tasik gunung berapi terbesar di Asia Tenggara yang terbentuk hasil letusan gunung berapi purba ribuan tahun dahulu. Medan sendiri merupakan bandar ketiga terbesar di Indonesia dan pusat ekonomi utama di Pulau Sumatera, dengan penduduk pelbagai kaum termasuk Melayu, Batak dan Minangkabau. Trip ini gabungkan bandar, tanah tinggi dan tasik dalam satu perjalanan ringkas 4 hari. Dari Parapat dan Pulau Samosir yang terletak di tengah Danau Toba, ke Berastagi yang berada di kawasan tanah tinggi dengan suhu lebih sejuk berbanding Medan, hingga ke kota Medan yang penuh sejarah seperti Istana Maimoon dan Masjid Raya Al-Mashun yang dibina pada awal abad ke-20. Jarak penerbangan dari Kuala Lumpur ke Medan hanya sekitar 1 jam lebih, menjadikan trip ini sangat sesuai untuk short getaway luar negara tanpa perlu ambil cuti panjang. Sesuai untuk keluarga, pasangan dan yang nak trip luar negara dekat, murah dan tak penat.